11.52 am… “Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh?? 1.16 pm.. “Enti nak tanya apa td?” “pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti ...tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti walau enti jarang berkorban untuk A..” “tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?” “x pernah…..” Tak pernah? Itu yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG… “ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..” “doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak… setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,… “Ya Allah.. terasa diri sungguh hina mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku… “Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…” InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi.. Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah.. =) Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.” Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥ Alhamdulillah…
Ya Allah...Ya Rahman... Jadikanlah kami hamba-hamba MU yang sentiasa memohon keampunan dari MU...sentiasa mengingati MU di kala kami senang mahupun susah... Ya Allah..Ya Fattahu Ya A'lim.. Bukakanlah pintu-pintu hati kami agar sentiasa bertaubat memohon maghfirah Mu dan menjadi hamba Mu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat MU yang melimpah ruah...amiiiin..
Khamis, 26 Mei 2011
Ahad, 24 April 2011
~~Buatmu Ya ZAUJ~~
Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,
Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.
Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.
Dariku,
Bakal isterimu

Khamis, 21 April 2011
BILA AKU JATUH CINTA...
Bila Aku Jatuh Cinta
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin....

♥♥ ♥♥ BiarLah detiK ini tiada CINTA insani bUatmu,
(¯`v´¯) ♥♥ CukupLah CINTA ALLAH menjadi penerang hidUpmu,
`·.¸.·´ ♥♥ pasti keLak akn ada CINTA untuKmu dari Insan yg menCintai ALLAH,
.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨) sebagaimana CINTAmu Pada_Nya ♥
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·. ♥•♥•♥ LA TAHZAN KarNa CINTA ♥•♥•♥

♫•*¨*•.¸¸♥♥ ♥♥ CINTA SEJATI @ CINTA ILAHI ♥♥ ♥♥¸¸.•*¨*•♫ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Udara pagi menghentakan diri... Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata... Tersadar termenung dimanakah jiwa ini... Sudah kembalikah ke jasadnya ...atau masih di atas sana... Tiba2 merasakan udara hangat di hati ini... Saat cinta Nya merasuki jiwa... Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad... Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta... Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci... Diiringi bisikan rindu bergemuruh... Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keredhaan... Jiwa yg ikhlas... Dalam kehidupan kelak... Bersama Nya... Amin ya robbal alamin.... ♥♥ .♥♥ ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥ ♥♥...... ♥♥. ♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥
Sabtu, 16 April 2011
KALAM QALB....
>>>janganlah kita segan menyatakan “ Aku tidak tahu”, jika kita benar tidak mengetahui diwjbkan keats kamu berperang, padahal berperang itu adalh sesuatu yang kamu benci. Blh jadi kamu membenci sstu,pdhl ia amat baik bgmu,dan blh jadi kamu menyukai sstu,pdhal ia amat buruk bgmu..Allah mgetahui,sdgkan kamu tdk mengetahui..Surah Al-Baqarah(ayat 216) aku mencintai agama yg ada pd dirimu,jika hilang agamamu maka hilanglh cintaku pdmu... Jika dia mencintaimu kerna Allah Dia takkan mengajakmu pacaran Akan tetapi sudah berfikir kearah pernikahan Jika dia memang mencintaimu Maka dia kan melamarmu Atau dia mencintaimu dalam diam Tidak mengganggu penjagaan hatimu Barulah cinta kalian itu sempurna, cinta karena Allah Jika kalian saling mencintai karena Allah Kalian takkan saling mengajak dalam hubungan yang salah Takkan saling mengajak mendekati maksiat Takkan mengumbar kata-kata cinta Tapi akan menyimpan cinta kalian dihati Hanya Allah-lah yang tau akan cintamu "Puas kucoretkan kata cinta ini, beriringan kata seindah bicara, lautan api telah pun ku selami, namun geloranya tetap samar. Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU, Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU, dan ke manakah REDHA-MU, ke manakah RESTU-MU. dilema CINTA ini merunsingkan hatiku, kuharapkan CINTA-MU ILAHI... dilema CINTA ini merunsingkan hatiku, hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...." | |
Sabtu, 26 Mac 2011
SekaDar LuaHan HaTi..
aritu..
ana ader terbacer satu artikel ni...(tp lupa suda full artikelnyer)
yg ana ingat adalah berkenaan dgn DOSA DI KILANG FACEBOOK..
1-of course lah yg psl muslimah bukak aurat.letak gambar yg bukan2...posing sana posing cni..semua lah dier nak tunjuk..(termasuk gak yg kononnya letak gambar berpurdah)tp posing laen mcm jerk..
2-psl berdua-duan di alam maya..tanpa kte sedari..kte chatting ngan si Dia..walaupun tak nampak muka..tp hati ttp membayangkan dan mengingati si Dia..dah termasuk dlm ZINA HATI!!!
3-psl MELEWATKAN SOLAT...ni dah msuk kes lalai dan hanyut sampai lupa waktu solat dan ader gak yg terus lupa nak solat(nauzubillah)biler dah cbuk ngan facebookingnyer..mner satu lebih utama oiii!!!!facebook atau solat????sedar2 lah!
4-psl nak bgtaw semua org APER YG KTE BUAT DAN AKTIVITI SEHARIAN KTE...ader yg lg truk,sampai setiap saat nak gtaw satu DUNIA aper yg dier wat ari2..huh!..ni kes yg ana paling tak suker!..semua benda nak letak n post kat fb..diorang tak taw..ni boleh mendatangkan bahaya kat diorang sendiri..kalau ader org yg niat tak baek kat dier..senang2 jer nak taw kat ner dier ader kan???ana bkn mrh atau jeles..tp berpada-pada lah nak post something tu..kang tak psl2 cari psl sdri..dah kena tak guna nak menyesal..beringat sebelum kena wahai kengkawan!jgn sbb dek rasa bangga ngan aper yg kalian wat..org tersayang yg menanggung akibat...hurmmmmm
5-psl..FB ni bkn tempat korang luahkan perasaan korang yg tah aper2 tu..apasal ngadu kat Fb??nak suh semua org taw perasaan n hati korang tu????tak payah lah kengkawan...kter ader tempat yg lebih Agung utk kter adukan segala perasaan dan rasa hati kiter...AR-RAHMAN.AR-RAHIM..AS-SAMI'...ye!Dia yg lebih patut kte utamakan krn Dia yg Maha Memiliki Hati kte ni..ni tak..post kat Fb..kononnya nak ader org rasa simpati lah..udah2 ler tu kak limah oiiii!!!!bukan selesai pun masalah korang tu kalaw ngadu kat FB..
6-psl...nantilah ana sambung lg...byk n berlambak lg psl DOSA DI KILANG FACEBOOK NI..kiter jer tak sedar..
--ana bkn kater ana ni perfect n tak wat semua tu...,tp alhamdulillah,ari ni ana tlh diberi hidayah olehNYA utk berubah...pastu taknaklah ana dpt pahala sesorang jer kan..nak gak ajk sahabat2 di luar sana...moh kter berubah!--
w'alam
maaf segala khilaf
Jumaat, 25 Mac 2011
IKTIBAR DAN RENUNGAN BERSAMA...
Tiap dari kita diberi oleh Allah pinjaman perhiasan di dunia berbentuk harta, anak, dan suami.Malah kudrat iradat,ilmu dan hayat yang ada pada kita ini pun sementara.Sampai masanya boleh ditarik semula.Mana milik kita?Tidak ada milik kita.Yang ada hanyalah Allah yang punya.
Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki..cukup memberi kesan di hati.ucapan 'aku tidak mampu Ya Allah"biasa terkeluar dari hati kita.Rintihlan pada Ilahi kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya…Andai tidak ditimpa ujian ini,adakah kita akan mengingati Allah…tanyalah iman,kerana ia bisa memberi jawapan yang paling jujur.Tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik..
31hb Disember 2009
Pagi: Seperti biasa saya memenuhi temujanji di klinik kesihatan Chenor dengan ditemani suami.Inilah kali pertama saya menjalankan pemeriksaan di klinik ini setelah berpindah dari Temerloh.Kata suami saya,lebih mudah nanti untuk saya pergi sendirian sekiranya dia berjauhan kerana tempatnya hampir dengan rumah.Alhamdulillah semuanya seperti biasa, tahap kesihatan saya dan baby memuaskan.
Petang: Setelah menjalankan kewajiban seperti biasa, saya dan suami berehat sambil suami saya khusyuk membaca buku yang baru dibelinya Rabu lalu ketika kami ke Kuala Lumpur . Saya hanya mendengar penjelasannya mengenai buku tersebut yang berjudul 'Untukmu Wanita' karangan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.Dia menulis sesuatu dihelaian kedua buku tersebut sambil saya hanya memerhatikannya.Lantas dia menghulurkan kepada saya lalu saya membacanya "Hadiah buat isteriku yang tersayang,Selamat Hari Lahir"…terharu saya membaca kata-kata tersebut.
"Abang minta maaf sebab lambat bagi hadiah hari lahir sayang"teringat kata-katanya."Bacalah buku ni buat panduan, bagus bukunya"katanya lagi.
"Terima Kasih abg,buku ni memang sangat-sangat berharga dari abang"kataku.
Selepas itu dia mengambil kembali buku itu dari tangan saya dan terus membacanya.Kami hanya menghabiskan masa dengan buku itu petang itu.
Maghrib: Saya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib sedang suami saya masih di dalam bilik.Apabila saya masuk ke bilik saya tidak dapati dia, dan semena-mena telinga saya mendengar deruan bunyi motor abah."Oh dia dah pergi ke masjid"
Tiada apa kelainan yang saya perhatikan padanya kerana sememangnya kebiasaannya dia begitu.
Selepas saya menunaikan solat Maghrib, saya membuka kitab suci Al Quran lantas membaca surah Ar Rahman.Namun,belum selesai saya menghabiskan surah tersebut saya mendengar deruan enjin motosikal di jalan depan begitu kuat sehingga tiba-tiba saya mendengar dentuman yang kuat."Ya Allah,hati saya terus mengatakan ada kemalangan di depan rumah.
Segera saya menamatkan bacaan saya dan menjenguk ke luar rumah..dalam hati saya tertanya-tanya siapalah agaknya yang berlanggar tersebut.Tidak sedikit pun saya sangkakan suami saya yang terlibat kerana waktu itu di masjid masih ada bacaan yasin.Suami saya sudah tentu belum pulang,kata hati saya.
Saya dapat melihat waktu itu ramai yang membantu mangsa,mengangkat dan membawa ke klinik menaiki hilux.
Tiba-tiba jiran saya yang turut pergi membantu datang tergesa-gesa kepada saya dan berkata"Motor yang kena tu macam motor pak cik(ayah saya)"
Terus hati saya berdetik dan jantung berdeguk kencang.Saya tanpa membuang masa pergi ke tempat kejadian,"Ya Allah, ni suami saya"Terus kata-kata itu keluar dari mulut saya.Saya hanya menyaksikan kupiahnya yang jatuh ke tanah.
Segera saya masuk ke dalam rumah dan memberitahu emak dan abah yang sedang membaca yasin.Mereka begitu terperanjat.Saya terus bersiap-siap dan ingin terus ke klinik waktu itu,hanya doa dipanjatkan di dalam hati in "Ya Allah,selamatkan suami saya".Jiran saya segera menghantar kami ke sana .
Sesampai di klinik saya dapat melihat suami saya mengerang di atas trechar,sambil ambulan telah siap sedia untuk membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital.Saya mendapatkan suami saya,namun kata pembantu doktor tersebut suami saya tak sedarkan diri walaupun dia mengerang kesakitan.Saya hanya membisikkan ketelinganya perkataan sabar dan menyuruh suami saya mengucap.Saya hanya menyebut "ALLAH"berulang-ulang kali ketelinganya.Alangkah sayu hati saya waktu itu melihat keadaan suami saya yang seperti sangat kesakitan sedang mulutnya berlumuran darah.
Sesampai di hospital,segera suami saya dibawa ke wad kecemasan sedang saya hanya menanti diluar wad.Doa tidak putus-putus dipanjatkan semoga suami saya selamat.Hati mana yang tidak luluh bilamana orang yang kita sayangi ditimpa musibah,namun saya cuba kuatkan hati,"Ya Allah tabahkan hatiku"bisikku waktu itu.
Beberapa kali saya dipanggil oleh doktor yang meminta saya mendaftarkan kemasukan suami ke hospital dan meminta saya untuk menandatangani surat membenarkan "city scan" dilakukan terhadap suami saya.Waktu itu suami saya memang sudah tidak sedarkan diri.Namun kedua-dua lelaki yang sama terlibat kemalangan bersama suami saya hanya cedera ringan malah boleh segera pulang ke rumah mereka.
Sekali lagi saya dipanggil oleh doktor untuk menerangkan keadaan suami saya waktu itu.Katanya suami saya hanya mengalami sedikit kecederaan di kepala dan terdapat sedikit pendarahan di dalam kepala namun tidak sampai tahap perlu dilakukan pembedahan.Scan yang dilakukan ditunjukkan kepada saya.Agak malang waktu itu ICU di hospital Temerloh sudah penuh,malah ICU di beberapa hospital lain seperti Afzan dan HKL juga penuh.Lebih kurang jam 1.00 pagi baru doktor memberitahu saya yang suami saya terpaksa dihantar ke Hospital Selayang.Saya meminta Abang Mad (abang kepada suami) utk bersama-sama mengikut ambulan memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk turut sama.Lebih kurang 1.30 pagi ambulan bertolak dan saya hanya iringi dengan doa yang tidak putus "YA ALLAH,Selamatkan suami saya"..
1 Januari 2010
Pagi itu abang Long telah berjanji untuk bersama-sama ke Hospital Selayang, setelah Abang Long dan Ngah pergi membuat laporan polis,tapi pihak polis mengatakan bahawa laporan hanya boleh dibuat setelah suami saya sedar dari koma.Jam 9.30 pagi kami bertolak ke Selayang,jam 12.30 kami tiba di sana.Waktu melawat ICU hanya pada pkul 1.00ptg hingga 2.00ptg.Waris juga tidak dibenarkan untuk menjaga pesakit.Tiba waktu melawat saya segera menjenguk suami yang masih tidak sedarkan diri.Doktor yang merawat suami ingin bertemu dgn saya untuk menerangkan keadaan suami saya.Katanya keadaan suami saya agak stabil namun pendarahan di dalam kepala tersebut mungkin akan membuatkan suami saya lambat untuk sedar semula.Kemungkinan sedikit tulang leher retak namun keputusan rasmi akan diberitahu kemudian.Kecederaan lain sama ada patah dan sebagainya tidak ada.Saya terus memanjatkan doa agar suami saya sedar semula dan sihat seperti biasa.
Petang: Abang Long,Ngah dan Abah terpaksa pulang memandangkan banyak hal yang perlu diselesaikan.Saya sejak awal telah berura-ura untuk menunggu suami di hospital bersama emak yang menemani saya.Alhamdulillah, adik saya yang tinggal di Klang sanggup untuk menghantar dan mengambil kami.Jadi kami berulang-alik setiap hari dari rumahnya.
Setiap kali saya menjenguk suami di dalam wad,hati saya selalu terusik.Masakan tidak,memandang wayar dan tiup yang berselirat disekeliling suami membuatkan saya benar-benar berserah.Berserah pada Allah yang Maha Kaya.Setiap kali itu saya katakan kepada suami 'Abang,abang kena kuatkan semangat. Abang,kita ngaji sama-sama ye!Abang pernah hafaz semua ni" lalu saya bacakan ayat-ayat suci Al Quran ketelinganya. Walaupun dia tidak membuka mata melihat saya,namun kadang-kala saya rasakan gerak matanya membalas perbualan saya.Harapan saya waktu itu hanyalah untuk melihat suami saya membuka mata dan tersenyum kembali kepada saya.Semoga ingatan dia akan pulih dengan kesucian Al Quran yang dihafaznya.
4 Januari 2010
Tatkala saya melawat suami tengahari itu,suami saya telah menunjukkan tindak balas dengan menggerakkan kaki dan tangannya.Walaupun dia masih tidak membuka mata,namun tindakan itu menyebabkan hati saya sedikit lega.Kata jururawat yang menjaganya, ubat tidur yang diberikan kepadanya telah ditutup pagi tadi.Kerana itulah dia telah menunjukkan tanda-tanda akan jaga.Namun apabila dipanggil nama,tetap tidak ada sahutan dari suami.
5 Januari 2010
Doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan kecil yang perlu dilakukan keatas suami iaitu menebuk sedikit lubang dilehernya.Ini untuk memudahkan tiup oksigen disambungkan.Tiup yang dipakai ke mulut suami saya telah lama dan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.Itupun hanya akan dilakukan sekiranya suami saya masih tidak sedar.Akhirnya saya redha itu dilakukan terhadap suami saya.Namun dihati saya berdoa semoga suami akan sedar segera.
6 Januari 2010
Saya masuk ke wad ICU seperti biasa setelah tiba waktu melawat.Hati saya berdebar-debar.Adakah prosedur semalam telah dilakukan terhadap suami saya?Doktor memberitahu saya pembedahan kecil tersebut baru saja selesai dilakukan terhadap suami saya.Saya akur yang suami masih belum sedar,malah mungkin akan memakan masa lebih lama memandangkan ubat bius telah diberikan terhadap suami saya.Tambahan suhu badan suami agak panas,demam yang agak kuat.Saya megusap dahi suami sambil membaca beberapa ayat Syifa' "Ya Allah, selamatkan suami saya"
7 Januari 2010
Tengahari itu saya melawatnya seperti biasa.Kata jururawat tersebut keadaan dia agak stabil.Demam pun sudah berkurangan kira-kira 37.6 pada bacaan.Saya lihat ke muka suami,kelihatan dia hanya seperti tidur.Seolah-olah tidak menanggung sebarang kesakitan.Namun, hati saya sayu.Seperti biasa saya bacakan lagi ayat suci Al Quran ke telinganya."Abang,kuatkan semangat.Abang cepatlah sedar.."bisik saya.
Petang: Keadaan dia agak mencemaskan saya.Degupan jantungnya terlalu laju sehingga mencecah 200 lebih.Kata doktor,ini keadaan yang tidak baik kerana boleh menyebabkan organ lain menjadi lemah.Paru-paru juga telah dijangkiti kuman.Keadaan dia pada petang itu sememangnya merisaukan saya.Sememangnya keadaannya sudah tidak stabil petang itu.Saya pulang dengan langkah yang berat,namun doa tetap tidak putus di hati saya.
8 Januari 2010
Kira-kira jam 11.00 pagi saya mendapat panggilan dari hospital.Saya dikehendaki datang segera ke hospital kerana keadaan suami saya sememangnya kritikal.Bacaan nadi,jantung dan tekanan darah semuanya terlalu tinggi.Malah paru-parunya telah berair.
Saya menelefon Abg Mad yang sememangnya menunggu di hospital agar segera ke wad ICU kerana saya masih dalam perjalanan.Sesampai di sana saya menatap wajah suami yang tetap seolah-olah tidur.Namun hanya bacaan di mesin menunjukkan keadaannya yang kritikal.Abang Mad waktu itu membacakan Yasin untuknya.Segera saya membuka Al Quran dan membacakan Yasin untuknya berulang-ulang kali sambil kekadang saya berbisik ke telinganya agar mengucap."Abang,sebut Allah,Allah,Allah…"saya ulang banyak kali ke telinganya."Lailahaillallah,sebut abang.."saya menyebut lagi sambil mengusap dahi suami saya.Terasa panas dahinya.Namun, bacaan di mesin telah semakin turun dan turun.Saya tetap berbisik pada suami agar ingat Allah.Akhirnya suami saya menghembuskan nafas yang terakhir di sisi saya,mak dan abang mad.Saya melihat jam waktu itu 2.25petang.Tatkala itu mukanya seolah senyum pada kami dan terus berubah pucat.
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun.."saya lafazkan
"Abang,maafkan semua kesalahan yang pernah sayang lakukan..semoga abang ditempatkan bersama para syuhada dan solihin" saya cium dahi arwah suami sebelum jururawat meminta kami keluar.Saya redha takdir yang telah ditentukan kepada kami.
Saya mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang lain dengan menghantar sms.Ramai yang menghubungi saya waktu itu bertanyakan perkhabaran suami saya.
Kami berura-ura untuk membawa pulang arwah ke rumah ayah di Jengka 20.Namun prosedur hospital tetap tidak membenarkan kami membawanya pulang.Kami diminta untuk membuat laporan polis kerana arwah terlibat dalam kemalangan.Malah kami terpaksa menunggu pilis trafik yang menguruskan hal tersebut datang dari Maran. Kata pihak hospital lagi, sekiranya meninggal disebabkan kemalangan,post mortem perlu dilakukan terhadap jenazah.Kami tetap mempertahankan dan tidak membenarkan post mortem dilakukan.Perbincangan dilakukan di antara kami,pihak forensik dan polis.Alhamdulillah,akhirnya kami berjaya namun waktu itu jam sudah hampir pukul 8.30 malam.Setelah abang mad menguruskan van jenazah kira-kira pukul 9.00 malam kami bertolak dari Selayang.
Jam 11 lebih kami sampai ke Jengka 20.Segera jenazah suami dimandikan dan dikafankan.Tatkala jenazah siap dikafan, saat itulah saya mencium jenazah suami saya buat kali terakhir."Selamat tinggal abang,abang jalanlah dengan selamat.Sayang pasti akan menyusul juga nanti.Abang tunggu sayang di sana ye".Air mata saya tidak dapat dibendung.Saya telah kehilangan suami dan baby ini tidak sempat mengenali ayahnya.
Jenazah suami saya dibawa ke masjid untuk disolatkan dan segera dibawa ke tanah perkuburan.Bersemadilah jasad suami saya di sana.Namun,kasih sayangnya tetap ditinggalkan bersama saya."Insyaallah,sayang akan jaga dan pelihara zuriat abang menjadi anak yang soleh"
Jam 1pagi lebih baru semuanya selesai.
Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang tidak putus-putus menziarahi suami sepanjang kami di Selayang juga yang tidak putus memberi semangat kepada saya.Segala pertolongan dan sumbangan kalian hanya Allah yang membalasnya.
Doakan sama semoga arwah suami saya ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di syurga.
Sesungguhnya hati saya berasa terlalu kehilangan.Kehilangan suami yang terlalu baik.Yang terlalu bersabar dengan karenah saya, yang terlalu lembut melayani saya,yang selalu bersama ketika saya sakit.Yang selalu menasihati saya,malah selalu memberi semangat kepada saya.Namun, saya akui suami saya hanyalah pinjaman sementara kepada saya.Kini,dia telah kembali kepada pemilik sebenar jasad dan rohnya.
Ketika Allah anugerahkan kamu satu nikmat, maka ia adalah pinjaman dariNya.Jika dia mengambilnya semula darimu,itu hakNya.Suami adalah satu nikmat dan pinjaman dari Allah,redhalah pemergiannya.Apa yang perlu kamu lakukan redhalah pada tuhanmu dan teruskan kehidupan
Jumaat, 11 Februari 2011
Different Between Somebody U Love & Somebody U Like
but in front of the person you like, you get happy
in front of the person you love, winter seems like spring
but in front of the person you like, winter is just beautiful winter
but in front of the person you like, winter is just beautiful winter
if you look into the eyes of the one you love, you blush
but if you look into the eyes of the one you like, you smile
but if you look into the eyes of the one you like, you smile
in front of the person you love, you can’t say everything on your mind but in front of the person you like, you can
in front of the person you love, you tend to get shy
but in front of the person you like, you can show your own self
but in front of the person you like, you can show your own self
you can’t look straight into the eyes of the one you love
but you can always smile into the eyes of the one you like
but you can always smile into the eyes of the one you like
when the one you love is crying, you cry with them
but when the one you like is crying, you end up comforting
but when the one you like is crying, you end up comforting
the feeling of love starts from the eye
but the feeling of like starts from the ear
but the feeling of like starts from the ear
so if you stop liking a person you used to like,
all you need to do is cover your ears
all you need to do is cover your ears
but if you try to close your eyes, love turns into
a drop of tear and remains in your heart forever …
a drop of tear and remains in your heart forever …
Langgan:
Catatan (Atom)