Sabtu, 8 Oktober 2011

PENYAKIT DI KALANGAN AKTIVIS GERAKAN ISLAM

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan dirinya telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat dengan label professor, doktor dan sebagainya. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jamaah yang terkenal.

Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan–kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.

Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfaat atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya. Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Masalah Disiplin Para Aktivis

Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan jamaaah. Ini berlaku apabila seseorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang menyanggahi peraturan-peraturan jamaah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jamaah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada pimpinan jamaah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jamaah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.

Masalah Kutlah/ Kelompok Yang Membawa Fitnah Dalam Tanzim

Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab musyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jamaah Islam.

Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jamaah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka. Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jamaah Islam.

Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jamaah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jamaah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jamaah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. Saidina Umar Al Khattab R.A pernah berkata, "Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan)".

Manakala Imam Fudhail berkata, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya".

"Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya".

Sebenarnya bukanlah satu keaiban/ kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan.

Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jamaah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

DIPETIK DARI MAJALAH TARBAWI

Rabu, 5 Oktober 2011

Istimewa Buatmu UKHtiku..RiaFaqihah..

kala ini.....
hati bagai dipagut resah dan sendu...
melihat sepasang muslimah berjalan seiringan...
di kejauhan lubuk hati...
sayu...pedih...
terimbau saat-saat kita bersama...
menderap langkah beriringan menuju matlamat yg Satu...
dulu...
bahumu menjadi pangku segala cerita suka dan dukaku...
kata-kata lembutmu penenang hati membujukku...
butir bicaramu membuahkan hikmah pembakar obor semangatku...
dikaulah kakak,teman dan kekasihku tika itu...
pernah....
lewat ku sakiti hatimu...namun...
kasihmu tak pernah berkurang untukku...
malah...senyuman sentiasa menghiasi bibirmu....
pengorbanan.....
tidak dapatku coretkan di sini...kerna..
terlalu besar dan melimpah untukku...
engku sanggup membiarkan ibu merotan badanmu...
demi menyelamatkan diriku yg nakal menyakiti hati ibu...sayang nya dirimu terhadap diriku...
usahkan tubuh,...malah nyawa sekalipun kau sanggup gadaikan utk diriku...
segala-galanya kau dahulukan diriku...
setiap kesenangan yang kau kecapi....
tidak pernah sesaat kau lupakan diriku...
SUBHANALLAH!!
Lautan syukur ku padaMU...
kerna dikurniakan seorang kakak seperti dirinya...
ALONG......
setiap doa yang along lafazkan di ardul kinanah...
buat adikmu di sini...
dapat adik rasakan di setiap urat nadi...
tulus dan ikhlasnya doamu..
telah mengubah insan yang berhati batu ini...
along....
dirimu sentiasa menjadi qudwah hasanah terbaik utk adik...
moga dirimu terus menjadi MUSLIMAH SOLEHAH dambaan ummah...
maafkan segala kesalahan adikmu yang nakal ini...
moga ukhwah kita terus mekar dan mengharum hingga ke syurga...
sayang dirimu fillah abadan abada...




Jumaat, 30 September 2011

~Ceritera Qalb~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Sudah sekian lama aku menjaga hati ini. Tika dahulu aku pernah 'bersama' dalam cinta nafsu. Akal yang masih kabur ketika mulanya zaman remaja membuatkan aku sentiasa bermain dengan cinta biasa (cinta monyet). Bukan sebenar-benarnya cinta tetapi hanya untuk suka-suka. Berpasangan, berpacaran, dan berkapel-an. Tanpa kenal dan memahami tentang dosa, pandangan mata atas dasar nafsu, aku tergelincir ke dalam lembah dosa dan kegelapan. Tika bersama, dialah menjadi pujaan hati, menggembirakan hati ini. Suaranya sering sahaja menjadi muzik di hatiku untuk dirindui. Tika bersama, rapatlah jasad, cerialah hati tanpa rasa dosa yang terbiasa.

Namun kerana hidayah Ilahi, aku mula terarah untuk berubah. Melakalah tempat bersejarah juga tempat bermulanya aku berhijrah ke jalan-Nya. Al-Quran yang dibaca setiap hari membuatkan aku lebih mengerti tentang diri untuk kuatkan hati berhijrah ke jalan-Nya. Atas pertolongan-Nya aku semakin dekat dan mula mengenal-Nya, mula menghargai-Nya dan tahu betapa Dia sentiasa bersama.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Aku juga tidak terkecuali untuk bersama kerana aku juga insan biasa. Apetah lagi apabila seseorang yang sedang melalui zaman remajanya, zaman belia yang sangat kuat pengaruh untuk bercinta. Bukan aku terlalu memikirkan cinta tetapi hati ini tidak lepas daripada terputiknya rasa cinta. Bukan aku terlalu miang untuk bersuami kerana hati ini mudah terusik dan terdetik dengan perasaan cinta, ingin kasih, ingin sayang dan disayangi.

Aku tidak risau jika aku belum ada pasangan kerana aku terlalu takut jika perasaan ini yang membawa aku jauh daripada pemilik cinta utama dambaanku, Allah. Aku tidak mahu hati ini sarat dengan cinta manusia yang tidak bersandarkan Dia. Aku terlalu takut jika cinta ini adalah cinta murka yang membawa aku jauh daripada keredhaan-Nya. Aku juga risau jika cinta-Nya padaku akan hilang, yang akan menghilangkan rasa rindu untuk bersama dengan-Nya di kala hening malam saat semua roh bergelimpangan kebebasan, jasad lena dalam mimpi.

Kerana Allah kami bertemu, kerana Allah putiknya cinta. Bila dia di depan, mata tertunduk, bergentarlah hati. Suatu perasaan yang luar biasa, suatu perasaan yang tidakku biasa dengan bicara hati yang bercinta. Tidakku pinta, tidakku mohon atas getarnya hati ini apabila ia terasa. 
Ya Allah, aku tidak ingin menempa murka atas perasaan cinta ini kerana Engkaulah pemilik cinta agung yang aku dambakan. Hanya cinta-Mu ya Allah yang aku impikan untuk memenuhi ruang hati ini yang sekian lama sunyi. Ya Allah, ambillah getaran cinta ini. Ingin aku kembalikannya pada-Mu ya Allah. Tidak aku mahu hanya kerana cinta, aku binasa. Tidak aku mahu hanya kerana cinta, aku dimurka. Biar aku tiada 'dia' asal aku ada-Mu kerana kau yang memberi ku bahagia bukannya 'dia' melainkan dengan izin-Mu ya Allah.

Aku hanya mampu beristighfar tika getaran cinta hadir, bertandang di dalam hati. Sungguh aku tidak pintanya. Tidak mahu aku meluahkannya kerana itu akan merosakkan mujahadahnya. Biar aku diam dalam bicara hati. Hanya Allah yang mengetahuinya betapa hati ini impikan lelaki sepertinya. Aku risau, jika aku terlalu ikutkan rasa cinta, badan kan biasa. Biar aku terseksa asal mujahadahnya aku jaga. Tidak mahu aku rosakkan imannya. Tidak mahu aku rosakkan rasa cinta pada Tuhannya. 

Betapa dia bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Betapa seriusnya dia dalam menyelesaikan tugasan. Melihatnya membuatkan aku bersemangat untuk menjaga diri hanya untuk pemilik tulang rusukku nanti yang mungkin bukan dia. Kerana pasti, dia juga akan menjaga dirinya untuk tulang rusuknya kerana aku juga tidak layak memiliki pejuang sepertinya yang begitu kuat dalam jihadnya.

Ingin sekali aku dampingi pemilik tulang rusukku dalam hubungan yang halal kerana aku ingin pendorongnya. Siapa sahaja yang mampu menahan amarah nafsu apabila bersama. Namun tidak rela dan takutnya hati ini jika tangan yang lembut ini dilepaskan 'bebas' disentuh oleh lelaki ajnabi. Dialah pembimbingku nanti yang akan membawaku ke jalan-Nya, menambahkan kekuatan dan rasa cinta kepada-Nya dan Rasul-Nya. 

Akanku kuat diri, tabahkan hati menjadi muslimah sejati hanya untuk dia, pemilik tulang rusukku. Aku ingin dia tahu bahawa diri ini akan selalu menjaga maruah diri dan hati agar aku hanya memberi kepadanya. Tidak akanku biarkan ia 'bebas' tanpa hala dan kehalalannya.

Wahai pemilik tulang rusukku,
Akanku jaga diri dan hati ini untukmu
Akanku kuatkan hati agar sabar menunggumu
Dalam istikharah cinta
Bersatu dalam ijab kabulmu

Wahai pemilik tulang rusukku
Akanku diamkan hati ini
Kerana dia yangku cintai
Yang mungkin bukan kau yang masih belum ku temui
Agar aku tidak merosakkan mujahadahmu
Agar aku tidak mengotori kemuliaanmu dan kesucian hatimu

Wahai pemilik tulang rusukku
Bimbinglah diri ini
Ke jalan Ilahi
Mendambakan cinta-Nya dan Rasul-Nya
Hanya kerana-Nya

Wahai pemilik tulang rusukku
Akanku usaha menjadi pendorongmu
Pencetus kekuatan pada semangat jihadmu
Penyenang perasaan tika kau resah dengan kegelisahan
Juga penggembira tika kau sedih

Wahai pemilik tulang rusukku
Jangan kau biarkan diri ini
Jauh daripada-Nya
Jauh daripada keredhaan-Nya
Tetapi tarbiyyahlah diri ini
Agar sentiasa diperingati
Tentang cinta Ilahi

Sabtu, 10 September 2011

Hadith Today..

Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.

-- HR. Bukhari dan Muslim

Khamis, 1 September 2011

DUHAI MATA, ENGKAU MENANGIS LAGI...

Hari ini mata ini menangis lagi... Begitu setia ia bekerja saat emosi menghantar isyaratnya... Engkau memang tidak pernah alpa wahai mata, mengalirkan deruan perasaan empunya diri..
Duhai mata, menangislah dikau saat aku takutkan Tuhanku.. Duhai mata, alirkanlah deruan perasaanku saat daku terkenangkan dosa-dosaku yang tidak mengurang... Duhai mata, biarlah engkau menjadi saksi betapa aku menangisi kesukaranku membangun diri menjadi insan yang dekat dengan Tuhan.. Duhai mata, semoga engkau menjadi air yang akan memadam panas dan seksa api neraka... Duhai mata, tertutuplah engkau sebagai mata yang dipunyai oleh insan yang bersih hatinya. Duhai mata, terbukalah engkau melihat kebenaran Tuhan...
 
 
 

Assalamualaikum...

SELAMAT KEMBALI KEPADA FITRAH

Khamis, 21 Julai 2011

JAWAPAN ISTIKHARAH...

KEPUTUSAN YANG MERUMITKAN si lelaki : Syg.. kenapa belum tidur lagi ni… jom lah tidur.. abang ngantuklah.. si gadis : kenapa abg masih panggil sy ‘syg’ lg nie?? Kan abang dah janji xnak panggil sy cm tu lg? melalaikanlah abg.. si lelaki : ops silap, maa...fkan abang ye.. si gadis : maaf, maaf, maaf, tu je abang tahu.. abang, sy sebolehnya nak menjaga perlakuan sy tp bila abg masih xubah perangai abg mcm ni, sy rasa abang jangan cari sy lagi lps ni,dulu sy sanjung abang sebab abang belajar agama.. abang hafaz Quran.. tp sekarang apa yang abang tunjukkan pada sy?? Cinta bernafsu abang.. kita dah lalai.. si lelaki : hmm awk janganlah cakap macam tu.. kalau 5 tahun lepas awak nak mintak jauhkan diri dari awak, abang yakin abang boleh tinggalkan awak. Sekarang kita dah kenal 5 tahun, baik buruk awak abang dah hafal dah.. dah faham sangat-sangat dah.. abang xakan dapat lupekan awk. Ummi dan abah kite xlarang kita berkawan, ape yang awak nak risau?? Si gadis : ape sy risau abang tanye?? Abang tengoklah hubungan kite ni, dah jauh myimpang.. ni semua nafsu, abang sedar tak? Sy nak redha Allah.. bukan redha abang.. walau kita xbercinta macam couple lain kita tetap terlibat dengan zina hati.. sy rindu abang, sy sayang abang.. sy nak hidup dengan abang.. sampai bila sy nak macam nie.. abang xpernah nak ambil serius hal ni.. kenapa abang?? Kita kena ingat.. cinta Allah tu yang paling atas sy xnak cinta sy yang abang Agung2kan.. si lelaki : Abang dah malas nak bercakap soal ni lagi.. abang tetap akan tunggu awak.. tunggu abang habis belajar.. abang akan meminang awak. Abang sayang awak. Dah jom tidur..assalamualaikum.. ingat pesan abang, tidur basuh kaki, 3 qul jangan lupa.. ayat Qursi Pahat dalam hati selalu.. fahami maknanya. Jangan fikir apa2 dah lepas ni.. moga tidurmu Diiringi rahmat Allah selalu yup ^_^ si gadis tidak membalas mesej seperti selalu.. merajuk kerana hasratnya untuk berpisah dengan si lelaki diambil mudah si lelaki.. si gadis terus berdoa agar jodohnya berkekalan dengan lelaki tersebut jika sememangnya dia tercipta untuk menjadi suri bagi si lelaki.. tanpa diduga seminggu selepas itu wanita tersebut dipinang seseorang… jejaka yang meminang si gadis berpangkat ustaz jugalah.. sudah memerhati si gadis dari jauh, dan sempat berkenalan… hanya perkenalan biasa antara ustaz dan anak murid.. jejaka tersebut tertarik dengan perwatakan si gadis yang lemah lembut, peramah serta si jejaka tersebut kagum dengan usaha si gadis berubah dan berusaha menjadikan diri lebih tawaduk dengan Allah.. tanpa berfikir panjang dan atas rasa tanggungjawab yang hadir dalam hati si jejaka dia membuat keputusan menyunting si gadis untuk menjadi permaisuri hidupnya serta ibu kepada anak-anaknya.. si jejaka amat yakin dapat mengubah dan membimbing si gadis untuk menjadi insan solehah dan beriman kepada Allah s.w.t.. si gadis termenung panjang merenung nasibnya dan berusaha memikirkan jalan terbaik untuk hubungannya dengan si lelaki.. kring2.. si gadis tersentak.. dengan pantas si gadis mengangkat handphone yang bingit berbunyi.. perbualan berlangsung…15minit kemudian handphonenya diletakkan kembali ke tempat asalnya.. ada org dtg meminang?? Kenyataan yang membingungkannya.. dia masih memikir apa yang diberitahu ayahnya sebentar tadi.. sapa yang masuk meminang aku pulak nie?? Abang ker?? Adoilah.. masa nilah nak datang meminang.. aku dah lah tengah celaru.. rungut si gadis.. yang lagi dia tak dapat terima.. ayahnya mengatakan setuju dengan peminangan tersebut.. malam tersebut si gadis menunaikan solat istikharoh memohon petunjuk Illahi.. hatinya tidak tenteram.. nak menghubungi si lelaki dia masih merajuk dengannya.. berpuluh-puluh panggilan dari si lelaki tak berjawab.. 3 hari berlalu dia semakin risau.. tentang nasibnya.. siapakah yang bakal menjadi suaminya?? ‘Si lelaki’ kah?? Atau jejaka misteri? Langsung tidak terlintas di fikirannya nak menanyakan hal yang merunsingkannya kepada si lelaki.. Si gadis nekad balik kampung bertemu abah dan umminya. Hatinya memberontak ingin tahu siapa lelaki misteri tersebut.. selepas 1jam berbincang.. akhirnya si gadis berasa lega kerana persoalannya selama ini telah berjawab.. dia dalam dilema.. memilih insan dicintainya sekian lama atau memilih ustaz tersebut… gadis tersebut termenung panjang memikirkan masalahnya... Persoalan di sini adakah si gadis menerima lamaran lelaki tersebut?? Atau dia akan tetap terus menunggu ‘si lelaki’ datang meminangnya?? Jikalau anda wahai muslimah?? Apakah keputusan anda??? SAMBUNGAN…. Jam menunjukkan 12 malam.. si gadis masih tak mampu melelapkan mata.. memikirkan masalahnya.. lantas pena diambil…. bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. iya, hanya itu pengubat hatiku yang resah ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.. doa dipanjatkan…………. “Ya Allah.. tutupkanlah hati ku pada mana-mana lelaki.. sehingga sampai jodohku... Ya Allah.. tutupkanlah hatiku untuk melakukan maksiat pada Allah lagi.. tak sanggup rasanya ku hitung dan mengukir dosaku lagi.. aku manusia lemah.. tak mampu bangkit tanpa huluran bantuanMu.. Ya Allah.. hinalah aku tanpa cinta dan kasihku padaMu.. Ya Allah.. berjuta air dari kelopak mata ini.. membasahi pipiku.. berjuta kali ku kesat dan pujuk hati ini.... Kau cintaku yang abadi... aku terus ternoda.. titik hitam terus bermaharajalela.. Ya Allah.. tiada lagi tempat tuk ku mengadu.. hanya padaMu.. tutupkanlah simpatiku tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak... tutupkanlah... biarlah hati ini hanya untukMu... ku pasti dengan janjiMu.. ku pasti dengan ketentuanMu... ku pasti akan kasih sayangMu... ku pasti ya Allah.. tutuplah pintu hatiku pada insan yang bergelar ajnabi... lelah.. aku lelah.. hentikanlah dugaan ini.. ku tak mampu harungi lagi... kasihanilah aku Ya Allah... ku tahu redhaMu tetap ada untuk ku.. jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu.. aku tidak sanggup lagi Ya Allah.. tak sanggup lagi menderhakaiMu....” Hujan renyai-renyai pagi tu… si gadis sudah membuat keputusan.. ya, benar, itu keputusan sy.. luah si gadis kepada si lelaki.. si lelaki tidak mampu berkata apa-apa lagi… pertemuan berakhir di situ, Teluk Chempedak menjadi destinasi pertemuan mereka..di sebuah pantai yang indah lagi menenangkan jiwa kedua-duanya yang sarat perasaan buntu, kecewa, dan risau..ape?? argh….! si lelaki terasa ingin menjerit .. tidak percaya dengan apa yang didengarinya seminit cuma.. mahu atau tidak si lelaki terpaksa menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.. dia terpaksa...takdir ini terlalu perit untuk dia telan, lebih pahit dari hempedu..hatinya terasa seperti kertas yang direnyuk-renyuk..sampainya hatimu sayang.. itu kata-kata terakhir si lelaki.. lantas berlalu pergi dan langsung tidak berpaling kepada si gadis..tawakkaltualallah hanya itu terlintas di hatinya.. Abang.. tinggalkan sy..maafkan sy.. keputusan ni sy buat bukan kerana sy benci abang.. bukan kerana sy ada yang lain.. bukan kerana apa.. tapi kerana ALLAH… terngiang-ngiang ayat yang luncur ditutur oleh si gadis.. tinggalkan sy kerana Allah.. sy rindukan Allah… jangan persoalkan lagi kenapa sy buat macam ni..lepas ni kita putus.. segera si gadis mematahkan simkadnya di hadapan si lelaki.. tanda dia tidak mahu lagi diganggu… dengan menahan sebak di dada, dan tidak mahu nampak lemah di hadapan si lelaki, dia mengalihkan pandangan ke arah pantai yang sedang bergelora.. menenangkan diri… si lelaki berlalu pergi… ‘sampainya hatimu sayang’ hanya itu didengarnya.. si gadis pulang dengan perasaan bercampur baur, masuk sahaja ke dalam kereta terus dirembeskan air matanya semahu-mahunya tanda kemenangan berjaya keluar dari kesulitan yang melanda dirinya.. selama sebulan dia menyendiri sendiri.. diisi masa sepenuhnya beribadat kepada Allah s.w.t.. ini keputusan aku!! Aku tidak akan sesekali menyesal, itu janjiku.. monolog si gadis… Ditenangkan hatinya dengan mengalunkan salah satu lagu nasyid dari kumpulan In-Team~ Kasihku Abadi~ lirik yang sungguh syahdu serta menggambarkan situasinya pada waktu itu.. ‘kamar hatiku..sekian lama.. suram dan sepi kekosongan..aku mencari.. insan sejati tuk menemani hidup ku.. hanya ku harap keikhlasan dan ku rindukan keramahan.. aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan.. mengasihimu dikasihi.. menyayangimu disayangi.. merindui dan dirindui saling mengerti di hati.. dia menghayati lagu itu dengan sepenuh jiwanya..dihabiskan bait2 terakhir lagu itu, ‘terimalah serta kabulkan harapan ini.. ku melafazkan kata penuh makna bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah hidup mati jodoh pertemuan ditentu Allah.. Yang Maha Esa… perkenankan hasrat di hatiku’... ini jawapannya.. sudah terjawab…. Hatinya cukup tenang selepas itu.. seolah tiada apa-apa yang berlaku.. biarlah hanya Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. diulang-ulang ayat itu sehinggalah dia selamat tiba di rumahnya.. Si gadis telah membuat keputusan ingin sambung belajar di luar negara.. pinangan dari ustaz tersebut ditolak secara baik.. Si gadis : tut.. tut.. tut..tidak sampai pun 10 saat callnya dijawab.. Hello.. Aaa.. assalamu'alaikum ustaz.. (memulakan salam agak gagap sedikit..) si ustaz : Wa'alaikumussalam.. tanpa meneka dia dah dapat mengagak siapa gerangan si pemanggil. si gadis : Maafkan sy ustaz.. terpaksa menolak pinangan ustaz.. sy percaya, abah sy dah sampaikan khabar ini kepada ustaz.. si ustaz : hmm.. sy sebenarnya kecewa dengan keputusan awak.. sy benar-benar ingin menjadikan awak isteri sy.. sy yakin dapat membahagiakan awak.. sy janji kerana Allah.. sy akan jaga awak dan didik spenuhnya awak semampu sy… si gadis : Ustaz.. sy sudah buat keputusan.. Allah dah beri petunjuk kepada sy.. sy yakin mimpi yang sy alami tu betul. Dalam mimpi tu sy berada di bumi asing.. bumi arab.. cuaca sangat panas ketika itu.. tubuh sy berlitup sempurna.. saya sujud tersangat lama di satu tempat yang tiada seorang pun di situ..sy tidak tahu di mana sy.. tiba-tiba suara garau mengejutkan sy. dia mengatakan sy akan diberikan jodoh yang terbaik dari Allah s.w.t, kerana taubat sy diterima Allah. Si ustaz : habis tu kenapa tolak pinangan sy? Mungkin sy jodoh awak.. kenapa awak langsung tak nak beri peluang pada sy? Si gadis : rumit ustaz.. rumit… kata hati sy mengatakan ustaz bukan jodoh sy.. dalam mimpi tu sy… sy jumpa cinta hati sy.. wajah itu..wajah yang mencium dahi sy tu bukan ustaz.. entahlah, sy tidak pernah bersua muka dengannya.. sy pun tidak tahu siapa dia.. sebab tu sy ambil keputusan ni. Harap ustaz mengerti. Si ustaz : Astaghfirullah.. Allah huakbar.. maafkan sy.. kerana menjadi beban awak selama ni..Maafkan sy.. maafkan sy.. moga awak bertemu jodoh yang terbaik.. lelaki misteri tu tersangat bertuah.. sy doakan awak berjaya mencari cinta hati awak yang sebenarnya.. si ustaz lantas menamatkan perbualan secara tiba-tiba.. dia sebak, menangis keseorangan.. memohon ampun kepada yang Maha Esa kerana menangisi nasibnya hanya kerana CINTA SEMENTARA.... tahun demi tahun telah berlalu.. iman si ustaz semakin utuh dek kerana dia tidak mahu terlalai lagi.. ibadahnya semakin meningkat dan menebal.. jiwa dan raganya hanya dikhaskan untuk Allah taala. sesungguhnya cinta Allah sahaja yang Kekal Abadi tidak dapat dibeli dan diwarisi… Si lelaki yang dicintai si gadis pula kembali pada jalanNya..Bertaubat nasuha atas kekhilafannya.. perpisahan tersebut telah menyedarkannya..cinta itu bukan miliknya.. dengan cinta nafsu juga membuatkan dia lalai dan terleka.. dia merasa satu kerugian yang cukup besar kerana menghabiskan masa untuk ‘bercinta’... Aku bertaubat padaMu ya Allah.. ampunilah aku… beliau mengambil keputusan melanjutkan pengajian Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam di Jordan.. sapa sangka tidak lama kemudian dia bertemu jodoh dengan seorang gadis yang tersangat sempurna, cantik, berakhlak mulia, serta bersama-sama menjadi sayap kiri kepada si lelaki untuk menyebarkan syiar islam.... kehidupannya sangat bahagia.. terbukti Allah itu Maha Pengampun.. apa terjadi kepada si gadis?? Malang tidak berbau.. si gadis menemui ajal di Mesir, di tempat dia menuntut ilmu... beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat berjemaah di sana.. Subhanallah.. takdir Allah.. meninggal ketika menuju ke rumah Allah.. si gadis juga meninggal pada hari jumaat, hari yang dikatakan insyaallah akan masuk syurga..insyaallah, dia adalah ahli syurga.. si gadis tidak sempat bertemu cinta sejatinya…… jenazahnya tersangat wangi, bersih dan wajahnya bercahaya.. mungkin kerana amalanya salama ini yang menyerahkan sepenuhnya hidup dan matinya hanya untuk Allah azzawajalla… Allah telah menjadikan kematiannya dalam berkeadaan mulia.. syukur Alhamdulillah.. dia dikebumikan di kampung asalnya di Kedah.... jadi siapa lelaki misteri yang dia mimpi tu??? Bidadara syurga mungkin..??? insyaallah..^_^ renung-renungkan… Subhanallah.. sesungguhnya ganjaran yang diberikan Allah tidak terhitung nilainya.. jadi jangan berputus asa lagi untuk meraih cintaNya..pintu taubat masih terbuka… Allah Maha Kaya pemberiannya.. sama-samalah kita berusaha meraih cintaNya dahulu sebelum cintakan makhluk… ^_^ amin…. TAMAT. Moralnya????

Selasa, 5 Julai 2011

Sahabat..Aku LEMAH!!!

Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.


Isnin, 13 Jun 2011

~~Mujahidah Itu~~


Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta m...arak dipendam bahangnya,
kerna itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terusan berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya...


Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…


Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…


Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaybah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…


Mujahidah itu…
Dia mahu jadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!
Ia janji yang sangat pasti!


Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
Lelaki itu, perlukan masa,
Memilih buat diri mereka,
Pilihan yang semestinya istimewa,
Calon ibu, buat zuriatnya!
Penyeri dunia, itulah temannya!
Di Syurga, itulah bidadarinya!
Membuat lelaki segan dengannya,
Menyedarkan, lelaki memainkan peranan,
Bahawa wanita bukan mainan,
Tetapi mutiara itulah nilaian…


Ya, mujahidah itu..
menghitung langkahnya,
Muhasabah dirinya,
katanya, dia masih banyak kurangnya!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!
Bukannya rijal yang sebaliknya…


Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh ngerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk bekasihani…


Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerna sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang bersilaun,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…


Mujahidah itu…
Menjadi gadis sudah fitrahnya,
Menjadi pilihan bukan pintanya,
Sebagai penyeri itulah hakikatnya,
Menjadi khalifah itulah tugasnya,
Membuat silap bukan sekali,
Namun mengalah tidak sekali,
Menjadi seorang mukminat sejati,
Itulah usahanya setiap hari…



Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Aminnn...Ya Rabbbal 'Alamin..

Khamis, 26 Mei 2011

CINTA ITU TAK TERLIHAT

Aku cinta M.. TAPi,.. macam mana dengan A?

11.52 am… “Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh??   1.16 pm.. “Enti nak tanya apa td?”   “pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti ...tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa  rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti  walau enti jarang berkorban untuk A..”   “tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan  M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis  andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?”    “x pernah…..”   Tak pernah?  Itu  yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A  dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG…   “ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..” “doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak…   setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,…   “Ya Allah.. terasa diri sungguh hina  mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku…   “Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…”   InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi..   Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah..  =) Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri  berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.”   Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥     Alhamdulillah…

Ahad, 24 April 2011

~~Buatmu Ya ZAUJ~~

Assalammualaikum wrt wbt.



Buatmu,

Bakal suamiku.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.


Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.


Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;


“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?


Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?



Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Dariku,

Bakal isterimu

Khamis, 21 April 2011

BILA AKU JATUH CINTA...

Bila Aku Jatuh Cinta

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Amin....
♥♥ ♥♥ BiarLah detiK ini tiada CINTA insani bUatmu,
(¯`v´¯) ♥♥ CukupLah CINTA ALLAH menjadi penerang hidUpmu,
`·.¸.·´ ♥♥ pasti keLak akn ada CINTA untuKmu dari Insan yg menCintai ALLAH,
.........¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨) sebagaimana CINTAmu Pada_Nya ♥
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·. ♥•♥•♥ LA TAHZAN KarNa CINTA ♥•♥•♥


♫•*¨*•.¸¸♥♥ ♥♥ CINTA SEJATI @ CINTA ILAHI ♥♥ ♥♥¸¸.•*¨*•♫ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Udara pagi menghentakan diri... Saat jiwa terasingkan dari dunia nyata... Tersadar termenung dimanakah jiwa ini... Sudah kembalikah ke jasadnya ...atau masih di atas sana... Tiba2 merasakan udara hangat di hati ini... Saat cinta Nya merasuki jiwa... Bergegasnya ambil air untuk sucikan hati dan jasad... Dalam keheningan malam ditadahkan tangan ke langit... Sujud sembah seorang pencinta merindukan belaian kasih sayang Sang pemberi cinta... Dalam tadahan tangannya itu dibanjiri air suci... Diiringi bisikan rindu bergemuruh... Semoga dipertemukan dalam tali kesucian... Benang keredhaan... Jiwa yg ikhlas... Dalam kehidupan kelak... Bersama Nya... Amin ya robbal alamin.... ♥♥ .♥♥ ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥ ♥♥...... ♥♥. ♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

Sabtu, 16 April 2011

KALAM QALB....



>>>janganlah kita segan menyatakan “ Aku tidak tahu”, jika kita benar tidak mengetahui

diwjbkan keats kamu berperang, padahal berperang itu adalh sesuatu yang kamu benci. Blh jadi kamu membenci sstu,pdhl ia amat baik bgmu,dan blh jadi kamu menyukai sstu,pdhal ia amat buruk bgmu..Allah mgetahui,sdgkan kamu tdk mengetahui..Surah Al-Baqarah(ayat 216)

aku mencintai agama yg ada pd dirimu,jika hilang agamamu maka hilanglh cintaku pdmu...

Jika dia mencintaimu kerna Allah
Dia takkan mengajakmu pacaran
Akan tetapi sudah berfikir kearah pernikahan
Jika dia memang mencintaimu
Maka dia kan melamarmu
Atau dia mencintaimu dalam diam
Tidak mengganggu penjagaan hatimu
Barulah cinta kalian itu sempurna, cinta karena Allah


Jika kalian saling mencintai karena Allah
Kalian takkan saling mengajak dalam hubungan yang salah
Takkan saling mengajak mendekati maksiat
Takkan mengumbar kata-kata cinta
Tapi akan menyimpan cinta kalian dihati
Hanya Allah-lah yang tau akan cintamu


"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap samar.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

Sabtu, 26 Mac 2011

SekaDar LuaHan HaTi..



aritu..
ana ader terbacer satu artikel ni...(tp lupa suda full artikelnyer)
yg ana ingat adalah berkenaan dgn DOSA DI KILANG FACEBOOK..


1-of course lah yg psl muslimah bukak aurat.letak gambar yg bukan2...posing sana posing cni..semua lah dier nak tunjuk..(termasuk gak yg kononnya letak gambar berpurdah)tp posing laen mcm jerk..

2-psl berdua-duan di alam maya..tanpa kte sedari..kte chatting ngan si Dia..walaupun tak nampak muka..tp hati ttp membayangkan dan mengingati si Dia..dah termasuk dlm ZINA HATI!!!

3-psl MELEWATKAN SOLAT...ni dah msuk kes lalai dan hanyut sampai lupa waktu solat dan ader gak yg terus lupa nak solat(nauzubillah)biler dah cbuk ngan facebookingnyer..mner satu lebih utama oiii!!!!facebook atau solat????sedar2 lah!

4-psl nak bgtaw semua org APER YG KTE BUAT DAN AKTIVITI SEHARIAN KTE...ader yg lg truk,sampai setiap saat nak gtaw satu DUNIA aper yg dier wat ari2..huh!..ni kes yg ana paling tak suker!..semua benda nak letak n post kat fb..diorang tak taw..ni boleh mendatangkan bahaya kat diorang sendiri..kalau ader org yg niat tak baek kat dier..senang2 jer nak taw kat ner dier ader kan???ana bkn mrh atau jeles..tp berpada-pada lah nak post something tu..kang tak psl2 cari psl sdri..dah kena tak guna nak menyesal..beringat sebelum kena wahai kengkawan!jgn sbb dek rasa bangga ngan aper yg kalian wat..org tersayang yg menanggung akibat...hurmmmmm

5-psl..FB ni bkn tempat korang luahkan perasaan korang yg tah aper2 tu..apasal ngadu kat Fb??nak suh semua org taw perasaan n hati korang tu????tak payah lah kengkawan...kter ader tempat yg lebih Agung utk kter adukan segala perasaan dan rasa hati kiter...AR-RAHMAN.AR-RAHIM..AS-SAMI'...ye!Dia yg lebih patut kte utamakan krn Dia yg Maha Memiliki Hati kte ni..ni tak..post kat Fb..kononnya nak ader org rasa simpati lah..udah2 ler tu kak limah oiiii!!!!bukan selesai pun masalah korang tu kalaw ngadu kat FB..

6-psl...nantilah ana sambung lg...byk n berlambak lg psl DOSA DI KILANG FACEBOOK NI..kiter jer tak sedar..

--ana bkn kater ana ni perfect n tak wat semua tu...,tp alhamdulillah,ari ni ana tlh diberi hidayah olehNYA utk berubah...pastu taknaklah ana dpt pahala sesorang jer kan..nak gak ajk sahabat2 di luar sana...moh kter berubah!--

w'alam
maaf segala khilaf

Jumaat, 25 Mac 2011

IKTIBAR DAN RENUNGAN BERSAMA...


Tiap dari kita diberi oleh Allah pinjaman perhiasan di dunia berbentuk harta, anak, dan suami.Malah kudrat iradat,ilmu dan hayat yang ada pada kita ini pun sementara.Sampai masanya boleh ditarik semula.Mana milik kita?Tidak ada milik kita.Yang ada hanyalah Allah yang punya.

Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki..cukup memberi kesan di hati.ucapan 'aku tidak mampu Ya Allah"biasa terkeluar dari hati kita.Rintihlan pada Ilahi kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya…Andai tidak ditimpa ujian ini,adakah kita akan mengingati Allah…tanyalah iman,kerana ia bisa memberi jawapan yang paling jujur.Tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantikannya dengan yang lebih baik..

31hb Disember 2009
Pagi: Seperti biasa saya memenuhi temujanji di klinik kesihatan Chenor dengan ditemani suami.Inilah kali pertama saya menjalankan pemeriksaan di klinik ini setelah berpindah dari Temerloh.Kata suami saya,lebih mudah nanti untuk saya pergi sendirian sekiranya dia berjauhan kerana tempatnya hampir dengan rumah.Alhamdulillah semuanya seperti biasa, tahap kesihatan saya dan baby memuaskan.

Petang: Setelah menjalankan kewajiban seperti biasa, saya dan suami berehat sambil suami saya khusyuk membaca buku yang baru dibelinya Rabu lalu ketika kami ke Kuala Lumpur. Saya hanya mendengar penjelasannya mengenai buku tersebut yang berjudul 'Untukmu Wanita' karangan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman.Dia menulis sesuatu dihelaian kedua buku tersebut sambil saya hanya memerhatikannya.Lantas dia menghulurkan kepada saya lalu saya membacanya "Hadiah buat isteriku yang tersayang,Selamat Hari Lahir"…terharu saya membaca kata-kata tersebut.
"Abang minta maaf sebab lambat bagi hadiah hari lahir sayang"teringat kata-katanya."Bacalah buku ni buat panduan, bagus bukunya"katanya lagi.
"Terima Kasih abg,buku ni memang sangat-sangat berharga dari abang"kataku.
Selepas itu dia mengambil kembali buku itu dari tangan saya dan terus membacanya.Kami hanya menghabiskan masa dengan buku itu petang itu.

Maghrib: Saya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib sedang suami saya masih di dalam bilik.Apabila saya masuk ke bilik saya tidak dapati dia, dan semena-mena telinga saya mendengar deruan bunyi motor abah."Oh dia dah pergi ke masjid"
Tiada apa kelainan yang saya perhatikan padanya kerana sememangnya kebiasaannya dia begitu.
Selepas saya menunaikan solat Maghrib, saya membuka kitab suci Al Quran lantas membaca surah Ar Rahman.Namun,belum selesai saya menghabiskan surah tersebut saya mendengar deruan enjin motosikal di jalan depan begitu kuat sehingga tiba-tiba saya mendengar dentuman yang kuat."Ya Allah,hati saya terus mengatakan ada kemalangan di depan rumah.
Segera saya menamatkan bacaan saya dan menjenguk ke luar rumah..dalam hati saya tertanya-tanya siapalah agaknya yang berlanggar tersebut.Tidak sedikit pun saya sangkakan suami saya yang terlibat kerana waktu itu di masjid masih ada bacaan yasin.Suami saya sudah tentu belum pulang,kata hati saya.
Saya dapat melihat waktu itu ramai yang membantu mangsa,mengangkat dan membawa ke klinik menaiki hilux.
Tiba-tiba jiran saya yang turut pergi membantu datang tergesa-gesa kepada saya dan berkata"Motor yang kena tu macam motor pak cik(ayah saya)"
Terus hati saya berdetik dan jantung berdeguk kencang.Saya tanpa membuang masa pergi ke tempat kejadian,"Ya Allah, ni suami saya"Terus kata-kata itu keluar dari mulut saya.Saya hanya menyaksikan kupiahnya yang jatuh ke tanah.
Segera saya masuk ke dalam rumah dan memberitahu emak dan abah yang sedang membaca yasin.Mereka begitu terperanjat.Saya terus bersiap-siap dan ingin terus ke klinik waktu itu,hanya doa dipanjatkan di dalam hati in "Ya Allah,selamatkan suami saya".Jiran saya segera menghantar kami ke sana.
Sesampai di klinik saya dapat melihat suami saya mengerang di atas trechar,sambil ambulan telah siap sedia untuk membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital.Saya mendapatkan suami saya,namun kata pembantu doktor tersebut suami saya tak sedarkan diri walaupun dia mengerang kesakitan.Saya hanya membisikkan ketelinganya perkataan sabar dan menyuruh suami saya mengucap.Saya hanya menyebut "ALLAH"berulang-ulang kali ketelinganya.Alangkah sayu hati saya waktu itu melihat keadaan suami saya yang seperti sangat kesakitan sedang mulutnya berlumuran darah.

Sesampai di hospital,segera suami saya dibawa ke wad kecemasan sedang saya hanya menanti diluar wad.Doa tidak putus-putus dipanjatkan semoga suami saya selamat.Hati mana yang tidak luluh bilamana orang yang kita sayangi ditimpa musibah,namun saya cuba kuatkan hati,"Ya Allah tabahkan hatiku"bisikku waktu itu.
Beberapa kali saya dipanggil oleh doktor yang meminta saya mendaftarkan kemasukan suami ke hospital dan meminta saya untuk menandatangani surat membenarkan "city scan" dilakukan terhadap suami saya.Waktu itu suami saya memang sudah tidak sedarkan diri.Namun kedua-dua lelaki yang sama terlibat kemalangan bersama suami saya hanya cedera ringan malah boleh segera pulang ke rumah mereka.
Sekali lagi saya dipanggil oleh doktor untuk menerangkan keadaan suami saya waktu itu.Katanya suami saya hanya mengalami sedikit kecederaan di kepala dan terdapat sedikit pendarahan di dalam kepala namun tidak sampai tahap perlu dilakukan pembedahan.Scan yang dilakukan ditunjukkan kepada saya.Agak malang waktu itu ICU di hospital Temerloh sudah penuh,malah ICU di beberapa hospital lain seperti Afzan dan HKL juga penuh.Lebih kurang jam 1.00 pagi baru doktor memberitahu saya yang suami saya terpaksa dihantar ke Hospital Selayang.Saya meminta Abang Mad (abang kepada suami) utk bersama-sama mengikut ambulan memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk turut sama.Lebih kurang 1.30 pagi ambulan bertolak dan saya hanya iringi dengan doa yang tidak putus "YA ALLAH,Selamatkan suami saya"..

1 Januari 2010

Pagi itu abang Long telah berjanji untuk bersama-sama ke Hospital Selayang, setelah Abang Long dan Ngah pergi membuat laporan polis,tapi pihak polis mengatakan bahawa laporan hanya boleh dibuat setelah suami saya sedar dari koma.Jam 9.30 pagi kami bertolak ke Selayang,jam 12.30 kami tiba di sana.Waktu melawat ICU hanya pada pkul 1.00ptg hingga 2.00ptg.Waris juga tidak dibenarkan untuk menjaga pesakit.Tiba waktu melawat saya segera menjenguk suami yang masih tidak sedarkan diri.Doktor yang merawat suami ingin bertemu dgn saya untuk menerangkan keadaan suami saya.Katanya keadaan suami saya agak stabil namun pendarahan di dalam kepala tersebut mungkin akan membuatkan suami saya lambat untuk sedar semula.Kemungkinan sedikit tulang leher retak namun keputusan rasmi akan diberitahu kemudian.Kecederaan lain sama ada patah dan sebagainya tidak ada.Saya terus memanjatkan doa agar suami saya sedar semula dan sihat seperti biasa.
Petang: Abang Long,Ngah dan Abah terpaksa pulang memandangkan banyak hal yang perlu diselesaikan.Saya sejak awal telah berura-ura untuk menunggu suami di hospital bersama emak yang menemani saya.Alhamdulillah, adik saya yang tinggal di Klang sanggup untuk menghantar dan mengambil kami.Jadi kami berulang-alik setiap hari dari rumahnya.

Setiap kali saya menjenguk suami di dalam wad,hati saya selalu terusik.Masakan tidak,memandang wayar dan tiup yang berselirat disekeliling suami membuatkan saya benar-benar berserah.Berserah pada Allah yang Maha Kaya.Setiap kali itu saya katakan kepada suami 'Abang,abang kena kuatkan semangat. Abang,kita ngaji sama-sama ye!Abang pernah hafaz semua ni" lalu saya bacakan ayat-ayat suci Al Quran ketelinganya. Walaupun dia tidak membuka mata melihat saya,namun kadang-kala saya rasakan gerak matanya membalas perbualan saya.Harapan saya waktu itu hanyalah untuk melihat suami saya membuka mata dan tersenyum kembali kepada saya.Semoga ingatan dia akan pulih dengan kesucian Al Quran yang dihafaznya.

4 Januari 2010
Tatkala saya melawat suami tengahari itu,suami saya telah menunjukkan tindak balas dengan menggerakkan kaki dan tangannya.Walaupun dia masih tidak membuka mata,namun tindakan itu menyebabkan hati saya sedikit lega.Kata jururawat yang menjaganya, ubat tidur yang diberikan kepadanya telah ditutup pagi tadi.Kerana itulah dia telah menunjukkan tanda-tanda akan jaga.Namun apabila dipanggil nama,tetap tidak ada sahutan dari suami.

5 Januari 2010
Doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan kecil yang perlu dilakukan keatas suami iaitu menebuk sedikit lubang dilehernya.Ini untuk memudahkan tiup oksigen disambungkan.Tiup yang dipakai ke mulut suami saya telah lama dan ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.Itupun hanya akan dilakukan sekiranya suami saya masih tidak sedar.Akhirnya saya redha itu dilakukan terhadap suami saya.Namun dihati saya berdoa semoga suami akan sedar segera.

6 Januari 2010
Saya masuk ke wad ICU seperti biasa setelah tiba waktu melawat.Hati saya berdebar-debar.Adakah prosedur semalam telah dilakukan terhadap suami saya?Doktor memberitahu saya pembedahan kecil tersebut baru saja selesai dilakukan terhadap suami saya.Saya akur yang suami masih belum sedar,malah mungkin akan memakan masa lebih lama memandangkan ubat bius telah diberikan terhadap suami saya.Tambahan suhu badan suami agak panas,demam yang agak kuat.Saya megusap dahi suami sambil membaca beberapa ayat Syifa' "Ya Allah, selamatkan suami saya"

7 Januari 2010
Tengahari itu saya melawatnya seperti biasa.Kata jururawat tersebut keadaan dia agak stabil.Demam pun sudah berkurangan kira-kira 37.6 pada bacaan.Saya lihat ke muka suami,kelihatan dia hanya seperti tidur.Seolah-olah tidak menanggung sebarang kesakitan.Namun, hati saya sayu.Seperti biasa saya bacakan lagi ayat suci Al Quran ke telinganya."Abang,kuatkan semangat.Abang cepatlah sedar.."bisik saya.
Petang: Keadaan dia agak mencemaskan saya.Degupan jantungnya terlalu laju sehingga mencecah 200 lebih.Kata doktor,ini keadaan yang tidak baik kerana boleh menyebabkan organ lain menjadi lemah.Paru-paru juga telah dijangkiti kuman.Keadaan dia pada petang itu sememangnya merisaukan saya.Sememangnya keadaannya sudah tidak stabil petang itu.Saya pulang dengan langkah yang berat,namun doa tetap tidak putus di hati saya.

8 Januari 2010
Kira-kira jam 11.00 pagi saya mendapat panggilan dari hospital.Saya dikehendaki datang segera ke hospital kerana keadaan suami saya sememangnya kritikal.Bacaan nadi,jantung dan tekanan darah semuanya terlalu tinggi.Malah paru-parunya telah berair.
Saya menelefon Abg Mad yang sememangnya menunggu di hospital agar segera ke wad ICU kerana saya masih dalam perjalanan.Sesampai di sana saya menatap wajah suami yang tetap seolah-olah tidur.Namun hanya bacaan di mesin menunjukkan keadaannya yang kritikal.Abang Mad waktu itu membacakan Yasin untuknya.Segera saya membuka Al Quran dan membacakan Yasin untuknya berulang-ulang kali sambil kekadang saya berbisik ke telinganya agar mengucap."Abang,sebut Allah,Allah,Allah…"saya ulang banyak kali ke telinganya."Lailahaillallah,sebut abang.."saya menyebut lagi sambil mengusap dahi suami saya.Terasa panas dahinya.Namun, bacaan di mesin telah semakin turun dan turun.Saya tetap berbisik pada suami agar ingat Allah.Akhirnya suami saya menghembuskan nafas yang terakhir di sisi saya,mak dan abang mad.Saya melihat jam waktu itu 2.25petang.Tatkala itu mukanya seolah senyum pada kami dan terus berubah pucat.
"Innalillahi wainna ilaihi rajiun.."saya lafazkan
"Abang,maafkan semua kesalahan yang pernah sayang lakukan..semoga abang ditempatkan bersama para syuhada dan solihin" saya cium dahi arwah suami sebelum jururawat meminta kami keluar.Saya redha takdir yang telah ditentukan kepada kami.

Saya mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang lain dengan menghantar sms.Ramai yang menghubungi saya waktu itu bertanyakan perkhabaran suami saya.

Kami berura-ura untuk membawa pulang arwah ke rumah ayah di Jengka 20.Namun prosedur hospital tetap tidak membenarkan kami membawanya pulang.Kami diminta untuk membuat laporan polis kerana arwah terlibat dalam kemalangan.Malah kami terpaksa menunggu pilis trafik yang menguruskan hal tersebut datang dari Maran. Kata pihak hospital lagi, sekiranya meninggal disebabkan kemalangan,post mortem perlu dilakukan terhadap jenazah.Kami tetap mempertahankan dan tidak membenarkan post mortem dilakukan.Perbincangan dilakukan di antara kami,pihak forensik dan polis.Alhamdulillah,akhirnya kami berjaya namun waktu itu jam sudah hampir pukul 8.30 malam.Setelah abang mad menguruskan van jenazah kira-kira pukul 9.00 malam kami bertolak dari Selayang.

Jam 11 lebih kami sampai ke Jengka 20.Segera jenazah suami dimandikan dan dikafankan.Tatkala jenazah siap dikafan, saat itulah saya mencium jenazah suami saya buat kali terakhir."Selamat tinggal abang,abang jalanlah dengan selamat.Sayang pasti akan menyusul juga nanti.Abang tunggu sayang di sana ye".Air mata saya tidak dapat dibendung.Saya telah kehilangan suami dan baby ini tidak sempat mengenali ayahnya.

Jenazah suami saya dibawa ke masjid untuk disolatkan dan segera dibawa ke tanah perkuburan.Bersemadilah jasad suami saya di sana.Namun,kasih sayangnya tetap ditinggalkan bersama saya."Insyaallah,sayang akan jaga dan pelihara zuriat abang menjadi anak yang soleh"
Jam 1pagi lebih baru semuanya selesai.

Terima Kasih buat sahabat-sahabat yang tidak putus-putus menziarahi suami sepanjang kami di Selayang juga yang tidak putus memberi semangat kepada saya.Segala pertolongan dan sumbangan kalian hanya Allah yang membalasnya.

Doakan sama semoga arwah suami saya ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di syurga.

Sesungguhnya hati saya berasa terlalu kehilangan.Kehilangan suami yang terlalu baik.Yang terlalu bersabar dengan karenah saya, yang terlalu lembut melayani saya,yang selalu bersama ketika saya sakit.Yang selalu menasihati saya,malah selalu memberi semangat kepada saya.Namun, saya akui suami saya hanyalah pinjaman sementara kepada saya.Kini,dia telah kembali kepada pemilik sebenar jasad dan rohnya.


Ketika Allah anugerahkan kamu satu nikmat, maka ia adalah pinjaman dariNya.Jika dia mengambilnya semula darimu,itu hakNya.Suami adalah satu nikmat dan pinjaman dari Allah,redhalah pemergiannya.Apa yang perlu kamu lakukan redhalah pada tuhanmu dan teruskan kehidupan

Jumaat, 11 Februari 2011

Different Between Somebody U Love & Somebody U Like




in front of the person you love, your heart beats fasterRed_heart_4
but in front of the person you like, you get happy
in front of the person you love, winter seems like spring 
but in front of the person you like, winter is just beautiful winter
if you look into the eyes of the one you love, you blush 
but if you look into the eyes of the one you like, you smile
in front of the person you love, you can’t say everything on your mind but in front of the person you like, you can
in front of the person you love, you tend to get shy 
but in front of the person you like, you can show your own self
you can’t look straight into the eyes of the one you love 
but you can always smile into the eyes of the one you like
when the one you love is crying, you cry with them 
but when the one you like is crying, you end up comforting
the feeling of love starts from the eye 
but the feeling of like starts from the ear
so if you stop liking a person you used to like, 
all you need to do is cover your ears
but if you try to close your eyes, love turns into 
a drop of tear and remains in your heart forever …